SAY NO & NEVER CELEBRATE VALENTINE`S DAY


Sambutlah Valentine Sempena Kejatuhan Islam di Sepanyolwww.iLuvIslam.com* Al-Marhum Ustaz Rosdi Yusof dan Hasanah Abd. Khafidzeditor : IskethaykaL
Hari Valentine semakin menghampiri. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata.

"Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati…"Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya. Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan "supercalis" bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine. Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang
bertulis "From your Valentine".

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga anda semua mengambil iktibar!!! Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol...


KAHWIN KERANA APA???

ALAM perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia, menjadi impian semua orang. Melaluinya akan terbentuk institusi keluarga dan melahirkan zuriat yang dapat meneruskan keturunan manusia. Dalam Islam perkahwinan satu tuntutan yang perlu dipenuhi. Sebelum ke gerbang perkahwinan, aspek pemilihan jodoh perlu diberi perhatian kerana kesilapan membuat pilihan mengakibatkan masalah kemudian hari. Senario masa kini mendapati kebanyakan anak muda lebih gemar memilih faktor keluarga, harta benda, kecantikan dan pangkat untuk mengikat tali percintaan dan membina gerbang perkahwinan. Secara fizikal, kriteria pemilihan jodoh tiada cacat celanya, tetapi apabila ia dijadikan keutamaan sehingga agama diketepikan, maka ia satu kesilapan besar kerana boleh menyebabkan kemanisan alam perkahwinan menjadi pudar dan akhirnya berlaku perpisahan.

Pakar motivasi, Ahmad Shukri Yusof, berkata kesilapan besar bagi pasangan yang ingin berkahwin tidak meletakkan agama sebagai keutamaan dalam membuat pilihan jodoh mereka. Menurutnya, kesilapan itu juga mengakibatkan hubungan suami isteri tidak bertahan lama, malah berlaku pelbagai kejadian tidak diingini. Kriteria Nabi Muhammad s.a.w sebut walaupun sudah lama, ia masih relevan. Agama perlu menjadi asas memilih jodoh supaya perkahwinan dan kebahgiaan yang dibina bertahan hingga ke penghujung nyawa."Jika betul-betul berasaskan kriteria yang disebut nabi, tiada timbul pelbagai perasaan dalam alam rumah tangga, seperti ragu-ragu atau takut tidak berasas," katanya.Islam menggariskan beberapa panduan kepada umatnya memilih jodoh, seperti mengutamakan lelaki atau wanita beragama dan berakhlak, sebagaimana sabda nabi bermaksud: "Apabila datang kepada kamu seorang yang kamu puas hati dari sudut agama dan akhlaknya, maka kamu kahwinkan anak kamu dengannya segera. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya timbul fitnah di muka bumi ini dan kerosakan yang akan ditempuhnya nanti."(Riwayat Abu Hurairah)

Umat Islam juga perlu mengelak memilih jodoh dari kalangan lelaki atau wanita fasik. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesiapa yang mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturahim dengan anaknya." Selain itu, kita dianjurkan memilih jodoh dari kalangan yang sihat, bebas dari penyakit yang dibimbangi mengganggu tugas sebagai suami atau isteri. Pasangan itu pula biarlah sepadan bagi mengelak keaiban pada beberapa perkara tertentu dan untuk mencapai persamaan dalam bidang sosial, sekali gus menjamin kesejahteraan hidup suami isteri, tanpa ada yang berkecil hati atau rendah diri. Walaupun aspek itu bukannya syarat sah perkahwinan dan tidak dipersoalkan ketika majlis ijab dan kabul, namun ia mempunyai pengaruh besar terhadap hubungan suami isteri. Ahmad Shukri turut mengingatkan anak muda supaya tidak mudah terpedaya dengan istilah cinta, seperti cinta pandang pertama kerana ia tidak boleh dijadikan asas dalam memilih jodoh.

"Cinta hanya sementara, malah cinta itu buta. Jika cinta tidak berteraskan anjuran agama, ia boleh pudar sedangkan mahligai yang mahu dibina seboleh-bolehnya berpanjangan," katanya. Beliau berkata, golongan muda perlu menilai dan memahami perkara ini supaya cinta yang selalunya bersemi sebelum perkahwinan tidak menjerat diri pada kemudian hari. Tidak sukar memilih pasangan mengikut garis panduan terbabit. "Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menentukan calon pasangan anda beragama dan berakhlak seperti bertanya orang lain termasuk saudara, kawan, malah melihat tindak tanduknya." Ini bukan bermakna Islam menolak calon berharta, berkedudukan dan cantik malah ciri ini juga penting kerana sudah menjadi sifat semulajadi manusia suka kepada kecantikan. "Cuma, apa yang penting dahulukan agama. Jika sudah beragama, cantik dan kaya raya, itu tentu pilihan yang baik," katanya.

Wednesday, February 4, 2009

MY BELOVED STATE...




KEDAH DARUL AMAN NEGERIKU

Monday, February 2, 2009

AKTIVITI SAYA DI KOLEJ KAB


KEMBARA ILMU DARUL MAKMUR KUANTAN PAHANG....
KAMPUNG SEPAT SUNGAI 2
26-31 JANUARI 2009

Tuesday, January 20, 2009

assalamualaikumm..
salam ukhwah..
Asal usul saya Jitra, Kedah.....tempat Jelapang Padi nun jauh di utara Semenanjung Malaysia. Umur dah 23 tahun dah sem ni, actually my besday 29 January 1986. dah 6 sem belajar kt UPSI ni. Nak jadi cikgu kaunselor....insyaallahh.... anak ke 3 daripada 5 orang adik beradik, ada sorang abang dh kawen pun n sorang kakak bakal kawen bulan 5 ni, saya pulak nak kawen juga bulan 12 kot...tahun tak tau lagilah bila....hahaha Ayah saya Ahmad Bin Bakar, 56 tahun umur dan pencen pun...bagi mengisi masa lapangnya ayah saya keja sebagai pengawal keselamatan di Pejabat Telekom Jitra. Mak saya Jamilah Binti Md Rejab, 49 tahun..surirumah ja sepanjang masa sejak daripada saya kecil sampai sekarang......

emmmmm....
menarik jugak kena bt blog ni, bukan apa di samping sebagai asignment, saya boleh belajar jugak benda-benda berilmiah macam ni...hehehehe saya sebenarnya tak pandai nak bermadah-madah ni tambahan nak masukkan dalam blog ni...tapi saya jenis cepat mesra orangnya kalau bersemuka.. dalam alam maya ni kurang sikit laaaa....hihihi

jadi apa isu nak kita bincangkan dalam blog ni...nk cita pengalaman saya?? isu semasa?? isu pendidikan?? isu UPSI?? politik?? hiburan?? dunia?? keganasan?? macam2 isu sebenarnya boleh kita bincangkan. saya sendiri sebenarnya gemar membincangkan semua isu yang memberi manfaat dan maklumat berguna kepada saya.

BUMI SEMAKIN SAKIT

BUMI SEMAKIN SAKIT
Kemusnahan harta benda dialami oleh manusia akibat kerakusan manusia itu sendiri. Jadi, fikir-fikirkanlah kesilapan yang telah kita semua lakukan. Bumi yang semakin tua sudah tidak mampu lagi untuk bertahan dengan karenah manusia yang mengejar keduniaan.

Emmmmm....bencana alam menimpa manusia..

Salah siapa..manusia semakin rakus...